Seorang
doktor berbangsa Cina telah memberikan petua ini kepada orang ramai
atau pesakit yang mengalami masalah buah pinggang tetapi belum sampai
peringkat dialysis untuk diamalkan InsyaAllah akan sembuh seperti mana
beberapa orang yang telah mencubanya.
Bahan-bahannya:
1. * 20 tangkai pokok telinga kera.
2.
*30 biji kurma cina (saiz kecil harga di sini RM13 sekilogram)
ATAU 6 biji kurma cina (saiz besar harga di sini RM28 sekilogram)
3. * 1 liter air seeloknya air mineral atau air bertapis.
Cara-caranya ialah :
Basuh
pokok telinga kera (panggilan tempatan) dan kurma cina. Masukkan dalam
periuk atau slow cooker dan dididihkan selama 3 jam dengan api perlahan
bersama 1 liter air. Kalau gunakan slow cooker setkan pada Auto.Setelah 3
jam air rebusan akan mungkin akan kurang kuantitinya. Bahan rebusan itu
boleh digunakan sehingga 3 kali rebusan sebelum khasiatnya habis. Air
rebusan boleh diminun bila-bila masa seperti kita minum air seharian
tanpa had. Boleh juga didinginkan di dalam peti sejuk.
Ini
cuma ikhtiar cara tradisional Cina dan kuantiti kandungannya tidak
dapat disukat dengan tepat begitu juga dengan dos pengambilannya. Ada
orang yang sesuai dan ada yang tidak sesuai mengamalkannya.Oleh itu saya
tidak boleh dipertanggungjawabkan jika timbul gejala yang negatif
semasa tuan/puan mengamalkannya. Harap maklum no...
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan