Untuk perkongsian bersama :-
Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab:...
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)
Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)
Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)
Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)
Jangan banyak mengeluh…
Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa
Sebagai peringatan diri sendiri khususnya & ingatan kita bersama
~nurDia~
berdirinya seorang aku....memandang kehadapan yang penuh dengan ketidakpastian..... laluan sukar ....penuh dengan cabaran demi cabaran... terkadang membuat aku putus asa... tapi semuanya harus ditempuhi dengan ketabahan.... membuat aku semakin kuat untuk menghadapinya..... walau sejuta rintangan... kan ku lalui dan ku tempuhi jua....
Memaparkan catatan dengan label fikir2kanlah. Papar semua catatan

Ahad, Februari 23, 2014
Selasa, Januari 07, 2014
Khamis, Januari 02, 2014
FAKTA TENTANG ANAK KETIGA
1. Punya perangai paling pelik antara semua sibling
2. Sensitive and easy to cry
3. Annoying but strong when facing challenger & trial
4. Keras kepala
5. Don't care other people talk about her
6. Clumsy and careless
7. Muka bajet garang tapi sebenarnya cute
8. Sweet plus caring
9. Cepat touching even nampak tough
10. Always awesome
11. Suka bergelak dengan kawan dan family walaupun hati tengah sedih
12n Marah dalam diam sentap dalam diam
13. Kadang happy..kadang2 moody
14. Nampak pemalu tapi bila dah kenal kenal mulut mengalahkan murai
15. Merupakan tulang belakang adik beradik dan anak harapan ayah ibu
16. Happy depan orang tapi belakang hanya mampu menangis
17. Waktu muda agak menyusahkan tapi paling berbakti bila dah dewasa
18. Degil nak mam***
19. Muka gangster tapi cepat jatuh hati
20. Pemarah macam singa
21. Tidak suka dibandingkan
22. Tak suka cerita masalah pada orang lain
p/s: cam betul je... hahahah

Selasa, Disember 31, 2013
solat....
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat... Insyallah bahagia..." - Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat, atleast kalau mati, mati dalam solat - ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal

Selasa, Disember 24, 2013
Isnin, Disember 23, 2013
Khamis, November 28, 2013
“TERIMAKASIH, MAAF, DAN TOLONG”
Pada suatu majlis perpisahan seorang pengarah yang akan bersara diadakan sesi penyampaian ucapan penghargaan dan terima
kasih.
Kerana keterbatasan waktu, ada antara kakitangan yang menyampaikan
ucapan penghargaan secara bertulis. Salah satu ucapan yang amat menarik
dan bermakna diterima daripada seorang office boy yang telah berkerja
lama di pejabat berkenaan.
Dia menulis semuanya dengan huruf besar seperti berikut, “Yang dihormati Tuan Pengarah. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan kata “TOLONG”, setiap kali Tuan memberi tugas yang sebenarnya adalah tanggungjawab saya. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan “MAAF”, tika tuan menegur, mengingatkan dan berusaha memberitahu setiap kesalahan yang telah dibuat kerana Tuan ingin saya merubahnya menjadi kebaikan. Terima kasih kerana Tuan selalu mengucapkan “TERIMA KASIH” kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, tanpa merasa direndahkan. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan merahmati kehidupan Tuan serta keluarga. Amin.”
Suasana dewan yang tadi hening, tiba-tiba bergema dengan tepukan gemuruh semua tetamu. Kelihatan pengarah syarikat mengusap genangan airmata di sudut mata tuanya, terharu mendengar ungkapan hati seorang office boy yang selama ini dengan setia melayani keperluan tugasan rasmi seisi pejabat. Pengarah tadi tidak pernah menyangka sama sekali bahawa sikap dan ucapan yang selama ini dilakukan, yang menurutnya begitu sederhana dan biasa-biasa saja, ternyata mampu memberi erti bagi orang kecil seperti si office boy tersebut.
Seluruh kakitangan pejabat telah setuju dan sepakat bahawa keteladanan dan kepemimpinan bekas pengarah mereka akan mereka teruskan sebagai budaya kerja di syarikat tersebut.
Pembaca yang dikasihi, tiga kata “TERIMAKASIH, MAAF, DAN TOLONG” adalah kalimat pendek yang sangat sederhana tetapi mempunyai impak yang positif. Sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan keberadaban dan kebesaran jiwa insan yang mengucapkannya. Apalagi diucapkan oleh seorang pemimpin kepada orang bawahannya. Namun mengapa kata-kata itu kekadang amat sulit kita ucapkan?

Rabu, November 27, 2013
.....
kertas boleh koyak..
kain boleh reput..
hati ?
cakaplah patah hati ke, tercarik ke, terluka ke, hancur ke..
realitinya.... ruper hati tetap kekal begitu..
kenapa?
sebagai ingatan dari Allah,
seharusnya hati manusia nie kuat,
sekuat jisimnya yg tak berubah.. tak terusik,
so jangan sesekali kita melemahkan ia...

Ahad, November 24, 2013
.......
Tapak Kaki kIta, kALau Sudah kErAs pijak paku Dan duri pun TiDak terasa aPa sEbab tumitnya Sudah kErAs , .....
TETAPI ...
kALau tapak kaki yang lembut , terpijak duri sedikit Saja Sudah berdarah ,
DEMIKIANLAH juga HATI , kALau ia dah kErAs TiDak lagi rasa BERSALAH bila Buat DOSA ....!
~ mari beristighfar
Astaghfirullahal'azim !

Sabtu, November 23, 2013
TANDA-TANDA HATI KOTOR
- Gelisah walaupun tiada masaalah
- Selalu berbangga dengan diri sendiri
- Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
- Sombong dan bongkak
- Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
- Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
- Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
- Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
- Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
- Menyampaikan ilmu dengan riak
- Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
- Berpakaian elok untuk dipuji
- Derhaka kepada kedua ibu bapa
- Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
- Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
- solat yang tidak boleh khusyuk - kagum terhadap diri sendiri
- selalu mencari salah orang
- cinta ikepada duniawi dan materialistik
- mudah bersangka buruk terhadap orang
- membesar besarkan hal yang remeh temeh
- suka bergosip dan menabur fitnah
- Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

Jumaat, November 22, 2013
Jadilah Wanita Yang Cantik
“WANITA YG CANTIK …tidak akan menghalalkan segala cara untuk memenuhi keperluan dan keinginanya.
“WANITA CANTIK …tidak akan menggangu suami orang lain hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatasnamakan cinta.
“WANITA YANG CANTIK tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan untuk sebuah usaha membantu keluarga.
“WANITA YANG CANTIK….tidak akan melakukan sesuatu yang merosakan dirinya hanya untik memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita
“WANITA YANG CANTIK…tidak akan membiarkan anak-anaknya terjerumus ke dalam dunia kelam
^^WANITA YANG CANTIK ADALAH…^^
“seorang ibu yang mampu mendidik dan memagari anak-anaknya dorongan kasih sayang, keimanan dan kepercayaan kepada Allah.
“Seorang wanita yang tetap berdiri pada jalan yg benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.
“seorang wanita yg mengasihi keluarganya iaitu suami dan anak-anaknya.
“wanita yg mampu memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang di sekelilingnya.
“seorang wanita yg tidak menjual harga diri demi kemewahan kerana baginya “kemewahan syurga” yang lebih dicarinya
“seorang wanita yg tahu menempatkan dirinya dimanapun berada
“seorang wanita yg tahu membezakan mana yg benar dan yang salah.
wallahu a’lam

Khamis, November 21, 2013
......
alhamdulillah... syukur sesangat bila lihat keadaan jenazah adik ahmad ammar tu.... begitu mulia sehingga sebegitu diraikan sebelum dikebumikan... walhal dia hanya sorg pelajar je....
Al Fatihah
Kisah Rakyat Msia, Ahmad Ammar Yang Begitu Disanjung Di Turki? | Berita Harian Terkini Metro...
malaysianreview.com
Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam? Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial. Namun
~nurDia~
Ahad, November 17, 2013
.....
peringatan buat diri ku:
Allah tak beri apa yg kita MAHU, tapi diberi:
1. Apa yg kita PERLUkan
2. Apa yg terBAIK utk kita
3. Apa yg kita LAYAK dapat.
Dan ingatlah hakikat yg perancangan Allah adalah yg terbaik utk hambaNya. Cuma hambaNya yg jahil atau tak tahu bersyukur. Moga kita sentiasa redha, bersyukur dan bersangka baik dengan segala ketentuan Allah SWT. Aamin
~nurDia~Khamis, November 14, 2013
REZEKI SUSAH NAK MASUK
Antara SEBAB mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :-
~♥ Gemar mengungkit-ungkit pemberian
~♥ Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
~♥ Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
~♥ Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
~♥ Riak bila bersedekah
~♥ Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
~♥ Tidak/kurang beristighfar
~♥ Tidak bersyukur/banyak mengeluh
--> REZEKI bukan sahaja dalam bentuk WANG, tapi KEBAHAGIAAN, PELUANG MENYAMBUNG BELAJAR, PELUANG KERJA, ANAK, JODOH dan lain-lain... Belajarlah BERSYUKUR atas setiap PEMBERIAN & ANUGERAH ALLAH♥

Rabu, November 13, 2013
.......
✿ Persahabatan yang tulus itu ibarat satu janji dalam hati..
✿ Tak dapat dibaca dan ditulis..
✿ Tak kan berubah oleh masa dan tak kan hilang kerana putaran waktu..
✿ Sedetik di mata, selamanya ada di hati..
✿ Andai ada kasih di antara persahabatan, serahkan kepada Allah kerana DIA pemilik rahsia hati..
Sesungguhnya cinta itu indah anugerah Allah bagi hamba-NYA..
✿ Namun jika belum bersedia menghalalkan, simpanlah segala ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat..
✿ Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat..
~nurDia~
Sabtu, November 09, 2013
muhasabah diri
Tak usah mengeluh yang berlebihan atas ujian yang menyapa..
Adakala kita perlu merasa sakit dalam hidup ini..
Adakalanya terlebih dahulu kita merasakan pahit sebelum bahagia pada akhirnya..
Agar kita mampu bersabar atas setiap hal yang mengecewakan dan bersyukur atas setiap kebahagiaan..

Jumaat, November 08, 2013
MUHASABAH DIRI
Terkadang kita ingin segala sesuatunya sesuai dengan apa yang kita inginkan, bahkan seperti memaksakan kehendak. Ketahuilah Allah tahu apa yang kita perlukan, Walau Dia tidak memberikan apa yang kita inginkan, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
~nurDia~
Rabu, November 06, 2013
pesanan buat diri ku yg lupa...
Renungilah pesanan Imam Syafi'i ini:
"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu, ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.
Sesiapa yang membawa berita orang lain kepadamu, ia akan membawa beritamu kepada orang lain.
Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau mengembirakannya, ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya."
(Dipetik dari kalam hikmah dalam majalah al-Ustaz isu 5. Ayuh dapatkannya!)

Jumaat, November 01, 2013
renungkanlah....
Kita tidak datang ke dunia dengan kehendak kita...
Kalau kita datang dgn kehendak kita, maka kita boleh pilih, bila kita nak lahir.. di mana kita nak lahir....
Kita juga tidak tinggalkan dunia ini dengan kehendak kita..
Kalau kita tinggalkan dunia dgn kehendak kita, maka kita boleh pilih bila kita nak tinggalkan dunia ini. Lepas dapat anak? lepas anak besar? lepas anak kawin? lepas tengok cucu?
Kita berada di dunia pada hari ini, bukan kerana kehendak kita, tetapi kerana kita telah DIHANTAR oleh ALLAH swt mengikut kehendak Allah, dan kita juga akan tinggalkan dunia ini bukan ikut kehendak kita, tetapi apabila kita DIPANGGIL oleh ALLAH mengikut kehendak Allah...
Justeru, hiduplah di atas muka bumi ini bukan ikut suka hati kita. Tetapi, ikutlah suka hati Allah. Mari sama-sama kita taat perintah Allah ikut cara Rasulullah saw, dan ajak anak-anak & umat ini untuk buat perkara yg sama.
InsyaAllah

Rabu, Oktober 23, 2013
USAH SEDIH BERPANJANGAN...
Hidup ini memang singkat dan terlalu sayang kalau tidak diisi dengan
hal-hal yang bermanfaat. Bahkan amat merugikan jika hidup ini hanya
diisi dengan keseronokan duniawi semata. Bukankah ada kebahagiaan yang
lebih hakiki iaitu kampung akhirat….
Sering kali kita merasa tidak bahagia dan sedih yang berpanjangan hanya kerana harapan-harapan kita tidak kesampaian. Bermacam jenis kegagalan dalam hidup ini yang sering membunuh kegembiraan dan kebahagian kita. Kita pula terkadang terlalu lemah sehinggakan hanyut dalam kesedihan dan terlupa bahawa itu semua hanyalah satu ujian hidup yang bersifat sementara.
Tanpa disedari amat rugi jika hidup kita yang singkat ini hanya diisi dengan kesedihan. Ingatlah bahawa hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Jika diteliti secara halus sebenarnya semua permasalahan dalam hidup ini bermula daripada kedaifan kita sendiri. Maksudnya kita perlu belajar untuk terus memperbaiki diri kerana itulah tujuan hidup, belajar dan terus belajar menjadi insan yang lebih baik, lebih cemerlang dan lebih bermaruah!
Ketika Allah memberikan kesulitan kepada manusia, sudah pasti ia juga diiringi kelapangan dan kemudahan. Mungkin hadis Nabi ini boleh kita renungkan untuk kebaikan diri. “Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka biarkanlah ia memikirkan tentang-Ku sekehendak hatinya.” (Hadits Qudsi)
Hakikatnya hidup ini indah. Hidup ini terlalu indah jadi sayang sekali jika hidup ini hanya kita isikan dengan kekecewaan, kesedihan, rasa sakit hati dan derai air mata yang berpanjangan. Kehidupan ini adalah anugerah dari Maha Esa. Bersyukurlah kerana kita masih diberi kehidupan dan masih boleh melakukan hal-hal yang baik dan bermanfaat bagi orang lain. Kerana di saat hidup ini berakhir…kita sudah tidak dapat melakukannya lagi!!!

Langgan:
Ulasan (Atom)