Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Rabu, September 25, 2013

Pandangan hati


Renungan...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran


~nurDia~

Selasa, September 24, 2013

curang!!!

salah satu laluan boleh terjebak CURANG!!! 
Dalam rumahtangga LELAKI jangan terlalu mendengar masalah perempuan lain begitu juga dengan PEREMPUAN jangan berkongsi masalah dengan lelaki lain kerana di situ terbukanya pintu2 kecurangan.

Wanita ISLAM terdidik dengan rasa MALU yang tebal, agar bila ada masalah, selesa dengan keluarga dan rakan sejenis. INGAT, wanita adalah fitnah terbesar buat lelaki.
Lelaki mudah tunjuk perhatian EXTRA, bila ada wanita bermasalah.. 

wanita mudah CAIR hati bila lelaki perihatin dan ambil berat..
Akhirnya kedua2 terperangkap dgn jerat sendiri..
Nauzubillah..

LELAKI YANG BAIK hanya perlu mengambil berat hal2 keluarga, saudara mara dan bertanggungjawab terhadap keperluan dan kepentingan mereka.. xperlu memberi lebih perhatian terhadap masalah perempuan yang tiada kaitan dalam kehidupan mereka. Manakala, WANITA YANG BAIK, takkan sesekali berkongsi masalah dengan bukan mahram, kecuali atas rujukan pihak tertentu dengan prosedur tertentu atas tauliah mereka, contohnya pejabat agama, tokoh agama. Sebab itulah, dlm ISLAM, rujukan mereka pun bersebab dan ada tempat dengan caranya, bukan di cafe, di tempat kerja, didalam kereta, internet, talian komunikasi dan sebagainya.. Semuanya kena ada protokol sbb FITNAH itu lebih dahsyat jika cuba dihampiri tanpa tahu cara sejauhmana dilarang dan dibenarkan dlm syarak..

JAGA PERGAULAN, jangan ambil mudah sangat dalam segala hal dengan ajnabi. Bukan semua perkara boleh berkongsi dengan AJNABI, sebab kita sebagai umat ISLAM kena tahu batas perbuatan atau pergaulan sejauhmana yang dibenarkan. Bahaya pergaulan bebas, disitulah kita MULA HILANG MALU dan tahu sendirilah apa kesannya bila MALU ITU SEMAKIN PUPUS dari diri kita..

wallahua'lam.. semoga bermanfaat bersama.


~nurDia~

Isnin, Mac 11, 2013

fikir2kan lah...





Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.





~nurDia~

Selasa, Februari 19, 2013

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dul
u sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

 


~nurDia~

Ahad, Februari 03, 2013

KETIKA ANDA SAKIT

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa-dosa kecil
.


~nurDia~

Sabtu, Februari 02, 2013

ISLAM ITU INDAH



indah ilmunya....... 
indah amalannya .... 
indah ibadahnya.....

tutur bahasanya indah apatah lagi gerak lakunya juga indah.....
insyaallah buka hati bukalah minda.


~nurDia~

Jumaat, Februari 01, 2013

maafkanlah....

ASSALAMUALAIKUM........
(◕‿◕) Maafkan orang jika mahu dimaafi (◕‿◕)

♥ Maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ Maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ Maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ Maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ Maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

"Memaafkan itu lebih baik daripada berdendam kerana dendam itu hanya menambah menyakitkan hati yang telah disakiti....."
 
RENUNGAN BERSAMA2... AAMIIN


~nurDia~

Isnin, Januari 28, 2013

Jadikan Dia Jodohku Yang Terbaik

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..
kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam...
sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah kat masjid.. ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)
Allahurabbi...


~nurDia~

Jumaat, Januari 11, 2013

Renungan...



"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..."

- Hayatul Islam Imam Al Ghazali



~nurDia~

Selasa, Januari 01, 2013

fikir-fikirkanlah...

~Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI.
Dari mana kita belajar IKHLAS♥?

~Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD.
Dari mana kita belajar SABAR♥?

~Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN.  
Bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR♥?

~Jika hidup kita selalu BAHAGIA. 
Bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT♥?

~YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuan NYA adalah TERBAIK untuk kita♥


~nurDia~

Rabu, September 21, 2011

sahabatku....

'Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak pernah luntur baik dalam suka atau duka. Jika aku temuinya, aku ingin setia padanya' Imam Syafie


~nurDia~

Ahad, Disember 12, 2010

keberanian ibarat....

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.. -John Petitsenn



~nurDia~

Ahad, Ogos 22, 2010

cinta kepada NYA...

cinta kan



bunga kan






cinta kan manusia, manusia kan



cintakan Allah, itu yang kekal abadi……




~nurDia~

Jumaat, Ogos 07, 2009

Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu.
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu.
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu , Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Khamis, Ogos 06, 2009

Adakala kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri.
Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri
Itu lah dia satu kesilapan yang tidak disedari.

Tawadhuk bukan bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah
Menang bukan bererti benar.

Buta mata hilang arah.
Buta akal beku
Buta hati sesat.

Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia,
Maka akan rosaklah dunia dan manusia,
Kalau dia Ulama hilang kehebatannya dan tidak di hormati orang lagi

Rabu, Julai 29, 2009

..cinta.., perkahwinan...

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana KEPERIBADIAN
...................... pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya
Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA
...................... hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang dicintai pasti MATI .
Jika hakikat perkahwinan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
...................... sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA .

Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .
Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Selasa, Julai 28, 2009

...iman....


Alangkah gembira kalau membina iman semudah membina bar-bar pada coklat...

Coklat dibuat utk dihabiskan ttp iman dibuat utk terus dikekalkan...

Rasanya coklat memberikan nikmat tetapi rasanya iman memberikan kebahagiaan...

Coklat cair jika tidak dijaga dengan baik,iman luntur bila tidak dijaga dengan amalan...

Coklat rosak bila tidak disimpan dengan rapi, iman rosak bila tidak disimpan dengan amalan dan pengertian..

Jumaat, Julai 24, 2009

Kadang-kadang di sebalik tiap perlakuan...

Kadang-kadang di sebalik tiap perlakuan terselit maksud yang mendalam. Begitulah rencah kehidupan masa kini. Yang berkuasa kan terus berkuasa yang lemah kan terus menjadi lemah. Jika kita tidak waspada dalam meneliti arus semasa kita akan mudah kecundang suatu detik nanti.


Sikap manusia tidak dapat kita telah. Pelbagai ragam pelbagai cita. Apa yang termampu hanyalah kita dapat merancang kerana tuhan jua yang akan menentukan segalanya. Kadang kala kita sudah melakukan yang terbaik namun apalah kudrat kita untuk menghalang sesuatu yang tidak kita ingini.


Namun jangan kita terlalu pantas menyalahkan takdir atau cuba mempertikaikan apa yang terjadi kerana pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara. Ingatlah bahawa kemampuan kita amat terbatas, begitu jualah dengan akal kita untuk memikirkan segalanya.


Jika dahulu kita pernah hidup susah dilingkungi dengan masalah yang tak kunjung padam dan kini kita sedang hidup dalam suasana yang kita impikan, bersyukurlah kerana jika kita asyik terleka kelak nanti mungkin kita akan merana. Jika dahulu kita pernah hidup bahagia tetapi kini kita menanggung sengsara, jangan kita lekas merintih. Tabahlah menghadapi segalanya kerana mungkin di hadapan kita menanti impian kita.


Begitu jua jika kita mengharap kasih seseorang. Apalah guna jika kita terlalu mengharap kerana kasih manusia tidak pernah kekal kasih Allah jua yang abadi. Bukan harus kita lupakan terus dunia tetapi janganlah dilupa pada hari yang kekal abadi.


Justeru jangan ada istilah kecewa dalam diri, betahlah menghadapi apa jua onak dan duri. Redhalah dengan kehendak_Nya kerana Dialah yang mengatur segalanya dan mungkin satu hari nanti kan terhidang apa yang dimahu. Tatkala itu kita kan rasa betapa gembiranya hati bercampur sayu mengenang kisah lalu. Itulah pengalaman.


Wahai teman usah tertipu dengan sandiwara dunia. Jangan terlalu pantas mempercayai seseorang kerana jika tersilap langkah padah kan mengundang. Redhalah dengan apa yang ada dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki nescaya rahmat Allah akan melimpah ruah.

Isnin, Julai 20, 2009

..kita hanya manusia biasa...

Kita adalah manusia biasa, yang punya perasaan dan emosi.. ada ketikanya kita berasa gembira dan cukup bahagia dan ada pula ketika yang lain kita dilanda kesedihan, kerungsingan dan kekecewaaan

Jika perlu menangis atas apa yang terjadi, menangislah buat seketika kerana kita hanya manusia biasa..

Jika hari ini kita perlu marah, maka luahkanlah kemarahan itu pada yang sepatutnya, kerana kita manusia biasa

Dan jika kita menerima berita gembira, raikanlah kegembiraan itu dengan orang yang bermakna dalam hidup dan bersyukur..

Hakikatnya.., kita bukan makhluk kebal yang bebas daripada emosi.., apa yang penting adalah bagaimana kita perlu belajar untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.., moga apa yang terpendam tidak menjadi sesuatu yang akhirnya membebankan..

Kebanyakan penyakit yang membunuh adalah asalnya berpunca daripada bebanan emosi kerunsingan dan kebimbangan..., andaikata terasa diri keseorangan dalam menghadapi kesulitan, maka berdoalah kepada Ilahi.., dekatkanlah diri kepadaNYA, mudah2an kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuh ujian dan dugaan hidup.. Seraut wajah riang dan hati yang tenang hanyakan terukir dengan iman dan taqwa .. :)

Jumaat, Julai 17, 2009

cinta vs nafsu....

cinta sejati tidak sama dengan nafsu,. cinta dan nafsu sering kali membezakan, memamg cinta dan nafsu begitu tipis,....perbezaan nya cinta di uji,...nafsu menafaatkan,...

jangan mencintai sesaorg seperti bunga .. kerana bunga kala bermusim ganti.. cintai lah sungai kerna sungai sentiasa .. akan mengalir selama nya .. cinta mungkin akan meninggal kan hati mu... bagaikan kepingan kaca kaca ..tapi tancapkan dalam fikiran mu ....hati mu.... bahawa ada sesaorg yang akan bersedia untuk menampalkan kembali luka hati mu dengan mengumpul kembali pecahan kaca kaca itu .. sehingga kamu kan kembali kuat kembali

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki?

Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan, derita di perasaan..."

"Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenranya bahawa kita telah jatuh cinta."

lalu aku merindui nya.....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula.... sesudah perpisahan itu kembali kepada rindu....