Rabu, Ogos 05, 2009

...hidup untuk memberi....

Hidup seorang muslim bukan hanya sekadar untuk dirinya tapi juga harus bererti kepada orang lain.., kerana pada saat kita kembali kepada Allah tiada lain yang kita bawa kecuali amal dan perbuatan baik kita, kalau hari ini kita mampu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada ramai orang, mengapa harus kita menunggu?

Hidup untuk memberi bukan hanya menderma wang ringgit tetapi juga melalui lafaz kata dan perbuatan yang penuh makna.. ketika kita mempunyai kelebihan dari segi jawatan, kita bersikap lemah lembut pada mereka yang memerlukan bantuan, bertutur kata yang sopan dan bersikap membantu.., Jika kita sendiri pun akan terguris dengan pelakuan orang yang kasar dan tidak mesra, mengapa harus kita menjadi orang yang kasar ketika berdepan dengan orang...

keindahan hidup terletak pada hati budi, senyuman yang mesra tapi tak gatal, bersikap menolong dan adil - bukan hanya adil kepada orang lain tetapi juga harus adil kepada diri sendiri.., jika sesuatu itu bukan hak kita, usah tamak dan haloba kerana rezeki Allah akan sentiasa ada untuk orang yang berusaha dengan jalan yang jujur..

Cuba2lah untuk bersikap menderma kepada mana2 orang yang benar2 memerlukan bantuan. Hulurkan sumbangan, jika tiada upaya dari segi wang ringgit ataupun barangan, "dermakanlah" tenaga, kudrat dan usaha dari segi yang lain.. Mungkin apa yang kita hulurkan itu kelihatan kecil tetapi amat besar maknanya untuk orang lain..

sesungguhnya usia kita ini terlalu singkat , hari ini kita memiliki segalanya, tapi andai esok lusa kita dipanggil mengadap Yang Maha Esa... - Apa yang kita bawa...? biarlah nama kita tak dikenal orang di dunia ini tetapi menjadi sebutan para malaikat di langit Tuhan melalui amal yang baik dan tulus ikhlas

Moga2 terbina hidup yang damai dan hati yang tenang dengan iman dan taqwa.. :)

Tiada ulasan: