Isnin, Ogos 03, 2009

...cerita hidup kita....

dalam perjalanan hidup kita ini, kita akan temui pelbagai perkara, peristiwa dan manusia..

ada yang akan meninggalkan kesan dalam hidup kita, ada yang akan membuka jalan kepada takdir yang lain dan dan yang akan menjadi pengajaran bermakna dalam mendidik kematangan diri..

ada perkara yang kita temui akan memberikan kita kegembiraan dan kebahagian, serta tak kurang juga yang akan membuatkan kita rasa sedih, kecewa dan putus asa...

Tapi itulah kehidupan, the colour of life.. ianya tentang cerita hidup kita dalam menjalani the ups n downs dan bagaimana kita tetap tabah dan cekal dalam mengharungi perjalanan hidup yang serba mungkin ini..

bak kata seorang teman "adakala aku merasa hidup nie panuh dengan dugaan...walau pahit terpaksa d jalani... kutemukan penawar d setiap kedukaan dengan membaca kalam suciNYA....walau kesusahan dan kekecewaan itu tak hilang tapi TUHAN memudahkanya..."

Moga apa yang kita lalui dalam hidup ini akan memberikan kita kematangan dalam berfikir dan bertindak serta keupayaan untuk membezakan antara yg haq dan yg bathil..moga terbina hidup yang bahagia dan hati yang tenang dengan iman dan taqwa :)

Tiada ulasan: