Ahad, Julai 19, 2009

Tuhan
Layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuni ku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh kepadaMu

Ya Tuhan
berikan secebis keinsafan bekalan sepanjang perjalanan mencari ketenangan
biar kau menjadi saksi tulus tangisku kala dinihari
kesempatan yang hanya sebentar

moga keikhlasanku terlakar
berikanlah ku hidayah agar dikuatkan iman yang lemah
moga diberkati hidup ini menuju bahagia yang kekal abadi padaMu

Tuhan kan ku serahkan cinta kepadaMu
harapanku moga dikurniakan Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untuk ku belayar mengharungi liku-liku hidup bersama insan yang hamba sayangi..
berkati hubungan kami jalini selama ini dengan penuh kasih sayang..
sinar cahaya keimanan kami berdua
berikanlah kami petunjuk dan hidayah
agar kami berjaya di dunia mahupun diakhirat..

lindungkan kami dari onak dan duri-duri dosa yang cuba menodai iman kami..
kami insan yang lemah hanya mampu berserah pada mu
memohon setitik rahmat darimu..
agar perhubungan kami kekal hingga akhir hayat....

amin

2 ulasan:

nita berkata...

salam ahad kak..

mohon segala rahmat dan berkat dariNYA..

sesungguhnya DIA yang berkuasa atas setiap pernafasan kita..

nurdia berkata...

salam ahad nita...

awal dah online... dah breakfast ke??