Isnin, Julai 20, 2009

..kita hanya manusia biasa...

Kita adalah manusia biasa, yang punya perasaan dan emosi.. ada ketikanya kita berasa gembira dan cukup bahagia dan ada pula ketika yang lain kita dilanda kesedihan, kerungsingan dan kekecewaaan

Jika perlu menangis atas apa yang terjadi, menangislah buat seketika kerana kita hanya manusia biasa..

Jika hari ini kita perlu marah, maka luahkanlah kemarahan itu pada yang sepatutnya, kerana kita manusia biasa

Dan jika kita menerima berita gembira, raikanlah kegembiraan itu dengan orang yang bermakna dalam hidup dan bersyukur..

Hakikatnya.., kita bukan makhluk kebal yang bebas daripada emosi.., apa yang penting adalah bagaimana kita perlu belajar untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.., moga apa yang terpendam tidak menjadi sesuatu yang akhirnya membebankan..

Kebanyakan penyakit yang membunuh adalah asalnya berpunca daripada bebanan emosi kerunsingan dan kebimbangan..., andaikata terasa diri keseorangan dalam menghadapi kesulitan, maka berdoalah kepada Ilahi.., dekatkanlah diri kepadaNYA, mudah2an kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuh ujian dan dugaan hidup.. Seraut wajah riang dan hati yang tenang hanyakan terukir dengan iman dan taqwa .. :)

2 ulasan:

sis_nita berkata...

salam isnin kak..

tiap orang ada emosinyerr.. mmg kekadang terikut gak emosi yg melanda diri..

kawalan emosi mmg sangat penting.. sbb emosi tanpa kawalan ibarat membenarkan syaitan berbisik pada hati sepanjang masa :)

nurdia berkata...

yup, betul tu nita....