Khamis, November 28, 2013

“TERIMAKASIH, MAAF, DAN TOLONG”

Pada suatu majlis perpisahan seorang pengarah yang akan bersara diadakan sesi penyampaian ucapan penghargaan dan terima kasih. Kerana keterbatasan waktu, ada antara kakitangan yang menyampaikan ucapan penghargaan secara bertulis. Salah satu ucapan yang amat menarik dan bermakna diterima daripada seorang office boy yang telah berkerja lama di pejabat berkenaan. 

Dia menulis semuanya dengan huruf besar seperti berikut, “Yang dihormati Tuan Pengarah. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan kata “TOLONG”, setiap kali Tuan memberi tugas yang sebenarnya adalah tanggungjawab saya. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan “MAAF”, tika tuan menegur, mengingatkan dan berusaha memberitahu setiap kesalahan yang telah dibuat kerana Tuan ingin saya merubahnya menjadi kebaikan. Terima kasih kerana Tuan selalu mengucapkan “TERIMA KASIH” kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, tanpa merasa direndahkan. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan merahmati kehidupan Tuan serta keluarga. Amin.” 

Suasana dewan yang tadi hening, tiba-tiba bergema dengan tepukan gemuruh semua tetamu. Kelihatan pengarah syarikat mengusap genangan airmata di sudut mata tuanya, terharu mendengar ungkapan hati seorang office boy yang selama ini dengan setia melayani keperluan tugasan rasmi seisi pejabat. Pengarah tadi tidak pernah menyangka sama sekali bahawa sikap dan ucapan yang selama ini dilakukan, yang menurutnya begitu sederhana dan biasa-biasa saja, ternyata mampu memberi erti bagi orang kecil seperti si office boy tersebut. 

Seluruh kakitangan pejabat telah setuju dan sepakat bahawa keteladanan dan kepemimpinan bekas pengarah mereka akan mereka teruskan sebagai budaya kerja di syarikat tersebut.

Pembaca yang dikasihi, tiga kata “TERIMAKASIH, MAAF, DAN TOLONG” adalah kalimat pendek yang sangat sederhana tetapi mempunyai impak yang positif. Sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan keberadaban dan kebesaran jiwa insan yang mengucapkannya. Apalagi diucapkan oleh seorang pemimpin kepada orang bawahannya. Namun mengapa kata-kata itu kekadang amat sulit kita ucapkan?

~nurDia~

Tiada ulasan: