Salam Rindu..
Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi
Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama
bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan
kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia
adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya
satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan
suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai
Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini
tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan
pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang
penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah
sahabatku.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau
ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada
suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu
kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari
keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat
untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan
yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik
permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan
sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan
kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah
solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya
kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah
permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa
yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah
kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka
kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu
keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat
sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa
yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang
telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa
sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa
dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang
dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang
dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya
seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya.
Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal
perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai,
jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau
cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku
bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat
dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad
s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam.
amin.....ya rabbal a'lamin.......
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan