Isnin, November 25, 2013

JANGAN JATUH KALI KETIGA!

 Seorang pemuda bangun di awal pagi sebelum Subuh.. bersiap diri dan berwuduk untuk ke masjid. Di pertengahan jalan, dia terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia kembali ke rumah dan menukar pakaian. Dia turun semula ke masjid. Dalam perjalanan, ditempat yg sama ia telah terjatuh lagi. Pakaiannya kotor. Dia kembali semula ke rumah, menyalin baju dan berjalan semula ke masjid. 

 Dipertengahan jalan dia bertemu seorang lelaki yang membawa lampu dan dia menyapa,"Saya melihat kamu jatuh dua kali diperjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu utk menerangi perjalanan kamu. 

"Pemuda itu berterima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Sampai di masjid pemuda itu mengajak lelaki itu naik ke masjid bersolat subuh bersamanya, namun ditolak. Berkali kali ia mengajak tetapi lelaki itu tetap tidak mahu. Akhirnya lelaki pembawa lampu itu berkata, "Akulah Syaitan.." 

Pemuda itu terkejut. Lelaki itu menyambung, "Aku melihat kau ke masjid, dan akulah yg membuat kau jatuh. Ketika kau kembali ke rumah membersih dan menukar pakaian dan berjalan ke masjid, Allah telah mengampun semua dosa kamu. Bila kamu jatuh kali kedua dan kembali ke rumah bertukar pakaian dan kembali ke masjid, Allah telah mengampun dosa seluruh keluarga kamu. Aku khuatir jika kamu jatuh kali ketiga kerana perbuatanku, Allah akan mengampun dosa seluruh penduduk kampung ini, jadi saya kena memastikan kamu sampai ke masjid dgn selamat.. 

APA YG NAK DIFIKIRKAN: Jangan cepat berputus asa pada melaksanakan suatu kerja baik, kerja kebajikan, kerana kesulitan yg dihadapai mungkin kerana ganjarannya yg besar. Teruskan dan bersabar melaluinya. Kata ulamak jalan kesyurga tidaklah ditaburi bunga indah tetapi penuh duri dan ranjau yg akan mengait dan menyoyak daging kamu. Dipenghujungnya adalah kemenangan. Masjid adalah rumah Allah dan besarnya ganjaran orang yg berulang alik ke rumahNya.

 ~nurDia~

Tiada ulasan: