Khamis, Januari 24, 2013

akhlak Baginda Rasulullah SAW

Di antara akhlak Baginda Rasulullah SAW yang perlu kita dicontohi..

1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui.
2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak.
3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka.
5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya.
7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.
 
SALAM MAULIDUL RASUL 1434H
 


~nurDia~

Tiada ulasan: