Sabtu, Ogos 01, 2009

...mengapa kekadang...

Mengapa kekadang.., orang yang bercinta bagai nak rak, macam belangkas terlebih gam.., apabila kawin, gamnya macam sudah hilang..

Mengapa kekadang.., orang yang tak berapa romantis masa tengah2 bercintan tapi bila kawin.. menjadi pasangan amat romantis..

Mengapa kekadang.., pilihan cinta sendiri ..., tapi bila kawin.., menjadi pasangan yang saling membenci n berdendam

Mengapa kekadang, pasangan yang hanya dijodohkan oleh orang tua, diperkenalkan oleh orang tua.., kurang masa nak bercinta tapi boleh juga bahagia..

Mengapa kekadang.., pasangan yang berkahwin.., telah berhenti menjadi sahabat antara mereka..

Dan mengapa kekadang.., mahligai perkahwinan yang seharusnya menjadi syurga kehidupan di dunia ini boleh bertukar menjadi neraka paling jahamam..

Ada pula yang sanggup membujang tak kawin2 kerana percaya tiada lelaki yang cukup baik untuk dirinya... dan ada pula lelaki yang kawin hanya semata2 untuk sekadar bersuka2 setahun dua...
Lantaran itu, perkahwinan adalah gabungan sebab dan akibat.., pilih orang yang sebegitu maka sebegitulah juga nantinya perkahwinan.. JIka berkahwin dengan orang yang baik.. akan baiklah kehidupan.., jika berkahwin ngan orang ntah apa2..maka akan ntah apa2 jugalah perkahwinannanti.

Maka...berkahwinlah dengan orang yang kita rasa amat selesa berkomunikasi.., orang yang menerima seadanya diri kita dan tidak menjadikan diri kita terpaksa atau dipaksa untuk berubah mengikut kehendaknya secara mutlak... Tidak terlalu dominan untuk mendominasikan pasangan dan yang utamanya adalah mengamalkan demokrasi perbincangan bagi meleraikan perbezaan... Pada ketika suami harus berani dalam membuat keputusan dalam apa jua keadaan, pandangan dan nilai pendapat isteri janganlah diperlekehkan.. jangan pula berahsia dalam perkara2 yang melibatkan kehidupan kerana mungkin ianya nanti akan mengganggu keharmonian rumahtangga

Perkahwinan adalah untuk meraikan perbezaan dan berkongsi perbezaan untuk membina keteguhan rumahtangga.., ianya bukan lagi sekadar janji2 manis semasa waktu bercintan..tapi kesanggupan untuk memikul tanggungjawab secara konsisten dan teguh bersama, berdiri sejajar dalam berdepan cabaran dan dugaan hidup..

Tiada ulasan: