Khamis, Julai 23, 2009

...cinta itu komitmen...

ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu adalah seumpama cerminan diri, menjadi sebahagian dari diri kita dan jelas terbayang bentuk serta arah keluarga yang akan dibawa pada masa depan, maka ketika itu kita sebenarnya sudah bersedia untuk membawa cinta yang dibina itu ke alam perkahwinan..

Perkahwinan bukan hanya sekadar cukup"you love me.. i love u".., ianya adalah komitmen dan tanggungjawab, berkongsi tujuan hidup, impian dan harapan untuk masa depan yang lebih baik dan juga kehadiran anak2 sebagai pengikat kasih sayang...

komitmen dan tanggungjawab itulah yang akhirnya nanti akan membezakan antara hubungan yang kuat dan juga hubungan yang mudah hancur..

andaikata cinta yang dibawa hanya diikat pada ertikata paras rupa, keseksian, keghairahan nafsu, harta maka akhirnya cinta itu akan sedikit demi sedikit akan terhakis selepas berkahwin.., cinta sebelum kawin lebih kepada "lakonan" tetapi cinta selepas kawin adalah realiti yang akan dihadapi sehari2.., akan terbongkar segala jenis perangai, perbuatan, corak pemikiran dan konsep hidup...

lantaran itulah, apabila bercinta, kita perlu jelas siapa kita dan siapa pasangan kita.., mudah2an tujuan yang ingin dicapai dalam perkongsian hidup itu akan membawa kita ke arah masa depan yang lebih baik...

Berdoalah kepada Ilahi, moga dikurniakan cinta insani yang disinari rahmat dan redhaNYA, moga niat yang ikhlas, tujuan yang jelas akan membawa keberkatan dalam perkahwinan yang ingin dibina..

Bagi yang telah berkeluarga, moga2 rumahtangga yang telah dibina sentiasa berada dalam jagaan, lindungan dan keredhaan Ilahi. Moga kasih sayang yang terjalin akan kian utuh dan tetap teguh.. :)

2 ulasan:

nita berkata...

cinta ikhlas bukan kerna paras rupa atau harta benda.. tapi kerna dua hati berjanji setia sehidup semati..

tapi..

amat sukar nak memperolehi cinta sebegitu.. nafsu melebihi iman..

nurdia berkata...

so kalu cam tu nita.. kena sentiasa muhasabah diri arr... terima segalanya dengan redha...