Jumaat, Julai 24, 2009

Kadang-kadang di sebalik tiap perlakuan...

Kadang-kadang di sebalik tiap perlakuan terselit maksud yang mendalam. Begitulah rencah kehidupan masa kini. Yang berkuasa kan terus berkuasa yang lemah kan terus menjadi lemah. Jika kita tidak waspada dalam meneliti arus semasa kita akan mudah kecundang suatu detik nanti.


Sikap manusia tidak dapat kita telah. Pelbagai ragam pelbagai cita. Apa yang termampu hanyalah kita dapat merancang kerana tuhan jua yang akan menentukan segalanya. Kadang kala kita sudah melakukan yang terbaik namun apalah kudrat kita untuk menghalang sesuatu yang tidak kita ingini.


Namun jangan kita terlalu pantas menyalahkan takdir atau cuba mempertikaikan apa yang terjadi kerana pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara. Ingatlah bahawa kemampuan kita amat terbatas, begitu jualah dengan akal kita untuk memikirkan segalanya.


Jika dahulu kita pernah hidup susah dilingkungi dengan masalah yang tak kunjung padam dan kini kita sedang hidup dalam suasana yang kita impikan, bersyukurlah kerana jika kita asyik terleka kelak nanti mungkin kita akan merana. Jika dahulu kita pernah hidup bahagia tetapi kini kita menanggung sengsara, jangan kita lekas merintih. Tabahlah menghadapi segalanya kerana mungkin di hadapan kita menanti impian kita.


Begitu jua jika kita mengharap kasih seseorang. Apalah guna jika kita terlalu mengharap kerana kasih manusia tidak pernah kekal kasih Allah jua yang abadi. Bukan harus kita lupakan terus dunia tetapi janganlah dilupa pada hari yang kekal abadi.


Justeru jangan ada istilah kecewa dalam diri, betahlah menghadapi apa jua onak dan duri. Redhalah dengan kehendak_Nya kerana Dialah yang mengatur segalanya dan mungkin satu hari nanti kan terhidang apa yang dimahu. Tatkala itu kita kan rasa betapa gembiranya hati bercampur sayu mengenang kisah lalu. Itulah pengalaman.


Wahai teman usah tertipu dengan sandiwara dunia. Jangan terlalu pantas mempercayai seseorang kerana jika tersilap langkah padah kan mengundang. Redhalah dengan apa yang ada dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki nescaya rahmat Allah akan melimpah ruah.

2 ulasan:

nita berkata...

tul tu kak..

sikap manusia ni kan.. mmg tak dapat kita agak.. banuak jenis topeng yg dapat mengabui mata kita..

kita ni kan.. jangan cepat percaya dengan kata-kata manis yg akhirnya bisa memperdayakan kita..

salam jumaat kak..

i lap u..

miss u..

nurdia berkata...

tu arr kelemahan kita nita....