Sabtu, Julai 11, 2009

Andaikan....

Melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati tidaklah semudah menformat hardisk mahupun menghantar file ke Recycle Bin, press "delete" ataupun "empty the recycel bin" kekadang akan timbul rasa untuk "restore" file yang ada "ke tempat asalnya" tetapi apa yang terputus, kasih yang terlerai pastinya sukar untuk tersambung semula.., mungkin ianya memerlukan wonder magical...

Hubungan cinta, kasih yang intim yang terbina suatu ketika dulu mungkin terlalu sukar dilupakan terutama untuk orang perempuan.., hubungan cinta yang baru dengan orang yang baru takkan sama kualitinya dengan cinta pertama.., kekadang berguguran air mata tanpa sedar..mengenang kisah yang lalu...

Siapapun kita, betapa kerasnya hati kita, betapa metal ataupun brutal jiwa kita untuk menahan sebak, kita tetap memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh.. andai sembuhpun luka di badan, parutnya tetap ada.., apalagi luka di hati...

Apapun itulah kehidupan.., apa yang berlaku dalam hidup ada pengajaran dan hikmahnya.., ada orang menemui kebahagian dalam cinta dan ada pula yang kecewa.., sejauhmana pun kita kecewa, sentiasa yakin dan percaya bahawa masih ada hari esok yang menjanjikan harapan.. someone somewhere is waiting.., only time will tell when....,

... dan berdoa kepada Ilahi moga2 cinta insani yang hadir dalam hidup adalah cinta yang tumbuh dari anugerahNYA - membawa bahagia dan rahmat hingga ke akhir hayat... amin

2 ulasan:

nita berkata...

uiii..
besh arr kata2 akak..

format, delete, empry recycle bin, restore..

rasa2nyer kehudupan kita ni bagaikan sebuah CPU laa pulak..

huhu!

nurdia berkata...

gitu la...kehidupan kita...