Ahad, Disember 01, 2013

Kata Imam Al-Ghazali :-

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa, sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada Allah s.w.t.

2. Bila bertemu dengan orang yang lebih tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana mereka sudah lama beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui daripada kita.

4. Bila melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia membuat dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang yang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia. Ini kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah…


~nurDia~

Tiada ulasan: