Tahun
ini ialah tahun 1435 Hijrah. Sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal
Muharam pasti semua mengingati penghijrahan Rasulullah SAW dari kota
Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi... Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan seseorang daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.
Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622
masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk
memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya
Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu
malam.
Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda
juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda
nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.
Malam itu,
sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui
lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil
Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan
diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang,
mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun
dari katil itu.
Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam
sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua
itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah
SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu
Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang
sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT
membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir
merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika
Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang
sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai
kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk
Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW.
Jelaslah,
sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat
baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah.
Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW
menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat
Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah
SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat
Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar
Islam.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan