Jumaat, November 01, 2013

renungkanlah....

Kita tidak datang ke dunia dengan kehendak kita...
Kalau kita datang dgn kehendak kita, maka kita boleh pilih, bila kita nak lahir.. di mana kita nak lahir....

Kita juga tidak tinggalkan dunia ini dengan kehendak kita..
Kalau kita tinggalkan dunia dgn kehendak kita, maka kita boleh pilih bila kita nak tinggalkan dunia ini. Lepas dapat anak? lepas anak besar? lepas anak kawin? lepas tengok cucu?

Kita berada di dunia pada hari ini, bukan kerana kehendak kita, tetapi kerana kita telah DIHANTAR oleh ALLAH swt mengikut kehendak Allah, dan kita juga akan tinggalkan dunia ini bukan ikut kehendak kita, tetapi apabila kita DIPANGGIL oleh ALLAH mengikut kehendak Allah...

Justeru, hiduplah di atas muka bumi ini bukan ikut suka hati kita. Tetapi, ikutlah suka hati Allah.  Mari sama-sama kita taat perintah Allah ikut cara Rasulullah saw, dan ajak anak-anak & umat ini untuk buat perkara yg sama.

InsyaAllah


~nurDia~

Tiada ulasan: