Isnin, September 16, 2013

takdir NYA....

Jangan merendah-rendahkan sekiranya ada orang berkahwin lambat..
Kerana..
Cepat atau lambatnya seseorang itu ditakdirkan berkahwin, bukanlah bererti seseorang itu mulia atau hina disisi Allah Ta'ala..
Bukan semua yang lambat berkahwin itu mahu ianya terjadi.. Namun hakikatnya, Allah lah yang telah mengatur perjalanan hidupnya sebegitu rupa..

Sekiranya kamu merendah-rendahkan orang yang lambat berkahwin, sebenarnya kamu telah 'merendah-rendahkah' takdir Allah yang ditetapkan keatasnya..

Kekadang lambat tak semestinya derita, dan cepat itu tak semestinya bahagia..
Semuanya terpulang pada diri masing-masing untuk bagaimana membawa kebahagiaan itu ke dalam perkahwinannya..

Mungkin lambat ia ditakdirkan seseorang itu berkahwin kerana Allah ingin mengurniakan seseorang yang lebih baik kepadanya.



~nurDia~

Tiada ulasan: