salah satu laluan boleh terjebak CURANG!!!
Dalam rumahtangga LELAKI jangan terlalu mendengar masalah perempuan lain begitu juga dengan PEREMPUAN jangan berkongsi masalah dengan lelaki lain kerana di situ terbukanya pintu2 kecurangan.
Wanita ISLAM terdidik dengan rasa MALU yang
tebal, agar bila ada masalah, selesa dengan keluarga dan rakan sejenis.
INGAT, wanita adalah fitnah terbesar buat lelaki.
Lelaki mudah tunjuk perhatian EXTRA, bila ada wanita bermasalah..
wanita mudah CAIR hati bila lelaki perihatin dan ambil berat..
Akhirnya kedua2 terperangkap dgn jerat sendiri..
Nauzubillah..
LELAKI YANG BAIK hanya perlu mengambil berat hal2 keluarga, saudara
mara dan bertanggungjawab terhadap keperluan dan kepentingan mereka..
xperlu memberi lebih perhatian terhadap masalah perempuan yang tiada
kaitan dalam kehidupan mereka. Manakala, WANITA YANG BAIK, takkan
sesekali berkongsi masalah dengan bukan mahram, kecuali atas rujukan
pihak tertentu dengan prosedur tertentu atas tauliah mereka, contohnya
pejabat agama, tokoh agama. Sebab itulah, dlm ISLAM, rujukan mereka pun
bersebab dan ada tempat dengan caranya, bukan di cafe, di tempat kerja,
didalam kereta, internet, talian komunikasi dan sebagainya.. Semuanya
kena ada protokol sbb FITNAH itu lebih dahsyat jika cuba dihampiri tanpa
tahu cara sejauhmana dilarang dan dibenarkan dlm syarak..
JAGA
PERGAULAN, jangan ambil mudah sangat dalam segala hal dengan ajnabi.
Bukan semua perkara boleh berkongsi dengan AJNABI, sebab kita sebagai
umat ISLAM kena tahu batas perbuatan atau pergaulan sejauhmana yang
dibenarkan. Bahaya pergaulan bebas, disitulah kita MULA HILANG MALU dan
tahu sendirilah apa kesannya bila MALU ITU SEMAKIN PUPUS dari diri
kita..
wallahua'lam.. semoga bermanfaat bersama.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan