
Sedikit cerita tentang arwah Roslan Ishak
Alhamdulillah…Muslimat TJ telah
menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu
pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah ttg
kehidupan yg telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan,
zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yg dpt dikutip dari
perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan bersama.
Allahyarham bersara awal pada umur 40an.
Sejak itu. Beliau bersama-sama bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai
siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah
menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yg diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau menaiki.motor dengan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak
pernah ketinggalan dlm hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat
beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yg didengar ketika
kuliah kepada ank2 dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat
dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di
surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al
Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan
menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta
dunia kerana hanya 3 benda shj yg kita bawa bila mati – “ayah x ada
harta nak infaq, ini lah saja…. ke surau berjamaah, membaca Al Quran,
bertugas membersih dan menjaga surau…. (amal soleh & insya Allah
anak2 beliau yg soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia – tidak
suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nnt solat jamaah beliau
(surau) macamana pula…
Itu lah antara amalan beliau yg
Istiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja lagi walaupun bersara awal
kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa
kematian di Mekah/Madinah (x berapa ingat) yg meninggal dlm keadaan
sujud. Kata beliau, orang biasa mcm kita x boleh dapat ke mcm tu, maka
hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT.
Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika
jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa
diluruskan & ditanggalkn pakaian utk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan
lembut orgnya, yg sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar
basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana
hari itu…rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2
kelainan dan kak Mar x banyak bercakap dengan suami beliau sebelum
keluar mengambil anaknya dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tp
beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan
Allah SWT. Al fatihah…
Semoga kita yg hidup beroleh iktibar
dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan
dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta…
sumber:facebook
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan