ALLAH Kasih orang yang Pemaaf...
Apabila kita marah, kita hendaklah diam. Kerana kemuncak marah itu
hanya beberapa saat. Jangan cepat melatah, kecil hati dan berasa marah
kerana ada sesuatu yang kita tidak suka. Semuanya adalah ujian ALLAH.
Sesungguhnya, ALLAH mengasihi orang yang pemaaf dan dapat menahan
kemarahannya.
Firman ALLAH yang
bermaksud : “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa
senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” - (Quran
3: 134)
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan