1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam
atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang
toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar
kalori dalam badan.
2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani
dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman
yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin
diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan
kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa
mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.
6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan
berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan
memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu
sihat.
7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan
diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan
spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di
salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di
rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian
bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan
tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan
famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam.
Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan