Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam
kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.
1. BERI SALAM (bukan salam biasa) JIKA RUMAH TIADA ORANG
ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.
2. BACA AYAT AL-QURAN
Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw,
أن البيت الذى تقرأ فيه سورة البقرة لا يقربه شيطان ثلاثا
Maksudnya : “ Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”.
3. BACA DOA
Hendaklah berdoa dengan bacaan seperti berikut,
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Maksudnya : “Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”
4. BUAT KENDURI DOA SELAMAT
Elok juga diadakan doa selamat menjemput dan menjamu orang-orang soleh.
5. SOLAT JEMAAH BERSAMA KELUARGA
Solat berjemaah bersama keluarga, bertadarus dan berwirid yang mana
kesemua amalan ini akan menolak kejahatan dan gangguan syaitan, jin dan
lebih-lebih lagi perbuatan sihir.
6. LAUNGKAN AZAN
Selain itu adalah baik melaungkan azan ketika pertama kali memasuki
rumah baru atau rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh
sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu
bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa
penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali
dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
7. HARAM MENGGANGTUNGKAN TANGKAL JIKA....
Menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal
seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk
menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan
sebagainya adalah haram.
8. HARAM BELA IKAN PUYU JIKA....
Begitu juga haram membela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh
mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.
9. GANTUNG AYAT AL-QURAN....???
Manakala menggantung ayat-ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus
sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang.
10. APA HUKUM MENYEMAH RUMAH...???
Haram hukumnya menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera
dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau
diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain
Allah adalah syirik.
Wallaahualam.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan