1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin
boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam
juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut
yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam
badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar
digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam
dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku
di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang
berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat
baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
8 .Menghilangkan
penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang
bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur
garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam
di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan
Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7
kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan
syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam
disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi
masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada
hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas
itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang
yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara
mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di
perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila
diangkat akan nampak urat hijau lidah.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan