Sabtu, Februari 16, 2013

Kelebihan Surah Al-Mulk..

ade diceritakan dlm al-Quran bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk.. bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal.. sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. malaikat berkata "ya ahlul kitab.. aku knl kamu.. kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"

seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku.. aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah.. aku adalah kitab-Mu.. aku mahu melindungi manusia itu.. jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."

maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk.. terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut.. sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat.. aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur.. biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur.. wallahualam...

-kuliah maghrib Ustaz Jamal di Surau Al Ikhwan (flat Gelung Bilal)
#7 feb 2013


~nurDia~

Tiada ulasan: