1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi
Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya)
sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan
pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129
kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha
lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia
kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah
Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah
kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada
Allah supaya kamu berjaya"
9.Kita juga digalakkan menyentuh
lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan
harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak
tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan
mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10.Selepas solat lima
waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan
juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang bertakwa.
11.Amalkan ayat 40 dari surah
Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang
mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku
perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.
Doa untuk anak
# Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
# Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
# Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
# Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
# Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
# Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
# Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
# Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan