Semua manusia
sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun,
tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang
cantik!
Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.
1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah
minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan
air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah
sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan
stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui
zikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah
senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan
‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya
Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah
pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)
4. Untuk
mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takbur.
5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang
teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika
berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang
satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan