Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Sebuah kisah benar.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada
banduan2 di sana... Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan
menceritakan pada beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu
ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang
kepada Yg Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai
mati... Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini... Beliau seorang yg
berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan
sesama banduan lain... Pendek kata banduan yg tiada bermasalah...
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel
beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum... Bau itu tak hilang
walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada
pakaiannya...
Mengikut ceritanya lagi, pada mlm sebelum dia
digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi... Dia
digantung pada subuh pagi jumaat...
Pada mlm sebelum dia
digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada
apa2 akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung
pada pg esok... Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya..
Bila tepat jam 4.00
pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud,
mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung
ketika dia sedang sujud syukur...
Ketika Amin sedang sujud pada
masa itulah dia dibawa ke tali gantung... Bila tiba masa hendak
digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri... Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan...
Agak
pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung
anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan...
Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada
kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan...
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung... Tangan spt org dalam solat
di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir... Subhanallah... mungkin
Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh
dan sentiasa bertaubat... Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita
semua...
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari
langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa
wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang
mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk
mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya
malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat
kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang,
keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A'LAM,
SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan