apabila....
••► APABILA engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, Mengadulah kepada Dia Yang Satu.
••► APABILA keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia, Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
••► APABILA rasa diri kosong, sunyi dan sepi, Peuhilah dengan membaca al-Quran dan buatlah amalan-amalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya, Sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-Nya.
••► APABILA menaruh harapan pada manusia, kelak kita akan kecewa, Tapi sandarkanlah harapan pada Pencipta,
Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
••► Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, Ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan