MERANGSANG OTAK ANAK. MELAUI TEKNIK SHICHIDA DARI JEPUN
Teknik
shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak
berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya
lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan
kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini, tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.
1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya
dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang
soleh, kuat,rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu,otak
kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun
anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang
marah. Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya
supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga
menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka
sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara
waktu-waktu doa dimakbulkan.
2) Gunakan kad imbasan untuk
mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat
kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang
ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana
apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap
apa yang ditunjukkan.
3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia
adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda
bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan
sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak
manfaatnya.
4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis
gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahagian sahaja dan
suruh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak
kanan.
5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang
kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda
termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu
ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.
6) Kembangkan
imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah
kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.
7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu
dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu
seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah
kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu
terlalu lama.
8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan
jangan kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan
itu, itulah yang anak lakukan. Gantikan dengan perkataan lain
seperti, tolong atau marilah kita sama-sama.
~nurDia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan