Ahad, November 15, 2009

sewaktu ku aturkan langkah....

sewaktu ku atur langkah
ku tinggalkan sisa-sisa perjalanan
sesekali aku menoleh
ada senyum dan tawa
ada sedih mengulit sayu
ada rindu mencengkam kalbu
seribu kepayahan tetap aku lalui

Seandainya...
langkah itu boleh ku undur
akan ku mati kan saja langkah itu
tak kuasa untuk aku melangkah lagi
akan biarkan jejakku mati di situ
akan biarkan langkah ku menjadi kaku

Hari ini...
ku cuba langkah baru
setapak demi setapak
menyusuri suatu perjalanan
tidak mahu ku ulangi kesilapan lalu

Sesekali hati berbisik
destinasi manakah perhentian ku nanti
dengan tabah dan seribu doa
dengan alunan igauan semalam
masihkah ada yang menunggu
mengharapkan belaian dan perhatian

Seandainya...
ada takdir mengizinkan
akan ku teruskan perjalanan ini
berbekal ketabahan dan seribu doa
membawa ribut-ribut penyesalan
yang berbekas di hati

Aku berjanji pada Tuhan,
berikrar pada diri
dengan bekalan ku
untuk di kemudian hari...

Tiada ulasan: