Khamis, November 26, 2009

kesalan... biaq kan ia berlalu....

ada ketikanya kita akan rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan, pilihan yang telah kita buat dan juga kegagalan yang dialami menyebabkan kita rasa marah dan kecewa.... menyesal yg tak sudah....

kesilapan atau kesalahan yang telah terjadi dalam hidup takkan mampu d reverse semula.... kita tiada "mesin masa" untuk membawa kita kembali pada ruang masa yang terdahulu...

andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semula tahap kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik.... menggapai semula peluang dan pilihan yang dulu disia-siakan...
mengulanginya utk kita mencapai kejayaan...

Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang berlalu tak kan boleh diundurkan kembali.... dan usia muda tu hanya sekali....

sedarilah bahawa hidup kita ini pergi bersama sejarahnya. Apa-apa kegagalan dan kesilapan yang telah berlalu tidak perlu diulangi lagi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama tekad dan azam..... Moga tak terulang lagi kesilapan yang sama pada masa depan...

Moga kita dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan dan apa jua keputusan berkaitan kehidupan.. :)

1 ulasan:

maiyah berkata...

betul tu kak, tg lalu ttp berlalu, wlau silam itu adalah sejarah buruk namun ia akam sbg utk dikenang :)