Ahad, September 13, 2009

Yang....

Yang dicari,
walaupun bukan putera raja,
biarlah putera agama.

Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai,
bukanlah sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali....

3 ulasan:

Maiyah berkata...

salam kak.. itu ler kekadang kita tak dpt apa yg kita impikan :(

nurdia berkata...

w'salam maiyah... tu arr.. kena redha... ngan segala ketentuan NYA...

pecinta_Islam berkata...

redha itu tanda bersyurku kn kak
:)