Rabu, Ogos 19, 2009

pertimbangan....

ada ketikanya kita akan rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan, pilihan yang telah kita buat dan juga kegagalan yang menyebabkan kita rasa marah dan kecewa.. kesilapan atau kesalahan yang telah terjadi dalam hidup takkan mampu d reverse semula.., kita tiada "mesin masa" untuk membawa kita kembali pada ruang masa yang terdahulu...

andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semula tahap kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik..menggapai semula peluang dan pilihan yang dulu disia-siakan. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna takkan kembali lagi.

sedarilah bahawa hidup kita ini pergi bersama sejarahnya. Apa-apa kegagalan dan kesilapan yang telah berlalu tidak perlu diulangi lagi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk kita bina bersama tekad dan azam..Moga tak terulang lagi kesilapan yang sama pada masa depan...

Moga kita dikurniakan oleh Allah ilham dan kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan dan apa jua keputusan berkaitan kehidupan.. :)

2 ulasan:

sis_nita berkata...

masa tak leh nak putar lek kak.. redha laa dgn apa yg dah berlaku.. aderr hikmahnyerr tu kak..

kak,

sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ni, saya nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita saya ada mengecikkan ati akak yerr..

maklom laa saya ni menaip komen kekadang main lepas jerr kak..

selamat berpose yerr kak.. semoga ramadhan kali ni membawa berjuta keberkatan bagi kehidupan kita..

nurdia berkata...

salam ramadhan al mubarak... sesama kita bermaafan...