Khamis, Ogos 13, 2009

..mencari manisnya hidup...

Life is like a box of chocolate, you'll never know what you gonna get atau hidup seperti manisnya kopi, walau semanis manapun kopi, pasti akan terselit rasa pahit di dalamnya..

Begitulah kehidupan kita, kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita ini. Hidup kita ini ibarat fragmen2 yang harus kita jalani setiap detiknya. Detik yang ada manis dan pahit, suka dan duka.. Lantaran itu kita dituntut untuk bersyukur ketika senang dan sabar jika dilanda kesusahan. Andai kita merasa kita adalah insan yang malang ketika ini, semalang2 kita, kita masih punya waktu untuk membaca artikel ini sambil duduk di depan komputer ketika pada waktu yang sama saat ini ada insan lain yang tak punya masa untuk mengecapi sedetik ketenangan dan kedamaian, hidup mereka beralaskan penderitaan dan air mata..

sememangnya perkara2 sedih adalah perkara yang mahu kita elak namun sebagai manusia kita akan terus didatangi dengan cabaran, dugaan dan persoalan. Apa jua kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidup adalah perkara paling mujarab untuk menjadikan kita lebih tabah, gigih dan berhati2 pada masa depan. Kerana daripada kepahitan itulah kita akan merasa manisnya hidup, menghargai segala penat lelah, usaha dan pengorbanan yang telah kita lakukan untuk sampai ke tahap kehidupan yang lebih baik
sesungguhnya dalam kehidupan kita ini, kita berjuang untuk sepanjang hidup kita. Kita berjuang dalam mencapai cita2, berjuang dalam mencari kehidupan yang lebih bermakna, berjuang dalam mengecapi kebahagian atau sebagainya. Apa yang pasti, jika kita ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan, kita akan terasa manisnya hidup ini, terasa hidup ini cukup lengkap dan damai.. Apa lagi yang kita mahukan selain dari kemanisan dan kedamaian hidup..?

...Moga2 kita dikurniakan ketabahan dalam mendepani setiap ujian dan dugaan kehidupan. Moga terbina hidup yang damai dan hati yang tenang dengan iman dan taqwa...

2 ulasan:

nita berkata...

salam kak..

kak ok..? kak sihat..? kak dah kawan2 lom ngan cik abang..? cik abang majuk2 lagikk tak..?

heheh!

kak, aku nak masak ni.. masak bening ngan greng ikan.. simple jerr.. tapi harus aderr sambal belacan..

jomkak.. makan kat umah aku kak..

nurdia berkata...

w'salam nita...

entah arr dia masih majuk...

kalu dekat.. tentu akak terbang p sana... heheheh... mekasih arr kerna sudi ajak akak... hehehe