Khamis, Julai 16, 2009

...pilihan...

kita memilih baju apa yg nak dipakai, makanan apa yang ingin dimakan, ngan siapa kita selesa berkawan atau rancangan tv apa yang kita gemari..

Tetapi mengapa kekadang kita tidak membuat pilihan dalam menentukan emosi kita...., kenapa perlu memilih menjadi seorang yang pemarah, jika kita boleh menjadi seorang yang ramah dan membantu..

kenapa memilih untuk terus rasa kecewa jika kita boleh memilih untuk bangun semula daripada kekecewaan dan tidak membiarkan diri terus diselubungi penyesalan..

Dalam apa jua yang kita lakukan.., hidup ini adalah suatu pilihan..., berhenti menyalahkan orang lain, berhenti menyalahkan takdir.., kita adalah jiwa merdeka yang mempunyai pilihan dalam mencorakkan kehidupan kita..

Moga2 apa jua pilihan yang dibuat dalam hidup adalah pilihan yang menjadikan kita insan yang lebih baik dan semakin dekat kepada Allah.... seraut wajah riang, hati yang tenang hanyakan terukir dengan iman dan taqwa....

2 ulasan:

nita berkata...

salam khamis kak..

pilihan kekadang tuhh tak memuaskan apa yang kita nak pilih sebenarnyerr..

kita rasa kita dah pilih yang terbaik, tapi kerana nafsu rambang.. kita nampak ada yang lebih baik dari tu..

manusia.. tak penah puas dengan apa yang depa pilih..

cam aku gak laa kak.. huhu!

nurdia berkata...

tu arr.. kadang payah utk kita wat pilihan dalam hidup kita nie...