Isnin, Julai 13, 2009

cinta....

cinta adalah anugerah yang amat bermakna, seharusnya ia lahir dari hati yang tulus ikhlas, hadirnya tidak dijangka, dengan siapa, bila dan di mana.., di saat cinta mengetuk pintu hati, hati terasa tak keruan, terasa gementar, juga bahagia....

kekadang cinta tidak semestinya bersatu, ada yang bercinta tetapi tidak dapat bersama. sesungguhnya cinta sejati adalah cinta suami isteri, teruskan mncintai pasangan kita dan kita pasti bahagia, jangan cuba mengkhianati cinta yang telah disatukan., belajarlah untuk terus mencintai dia selamanya

cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusiakan mati, cintakan Allah, ia akan kekal abadi

cinta itu pengorbanan, pasrah dan redha - seandainya cinta telah membawa ke alam perkahwinan, belajarlah untuk berkorban, bertolak ansur dan berkompromi. kita juga perlu pasrah dan redha seandainya pasangan kita mempunyai kekurangan, terimalah ia seadanya kerana kita juga mempunyai kekurangan

cinta.., jika tidak kesampaian.., maka redhalah.. terimalah hakikat bahawa dia bukan milik kita, jangan berdendam dan berdoalah untuk kebahagiaannya...

2 ulasan:

sis_nita berkata...

selagi kita mampu.. kita harus pertahankan cinta yg telah ditakdirkan untuk kita..

nurdia berkata...

entah arr.. kadang rasa takut .. takut tak mampu nak setia...