Khamis, Jun 18, 2009

Mencari Kebenaran~

Dalam mencari kebenaran hakiki

Tiada lagi kuingat selain nama Mu

Betapa nama itu sentiasa memenuhi ruang hati

Pun amat payah menyedari Kau ada di sisi

Nama Mu Yang Maha Agung

Telah kudengar sejak pertama kali kurasa

Dinginnya udara Mu dan cerahnya siang Mu

Aku tahu ada iringan janji bersamaku

Janji yang lahir dari jiwa yang putih

Tetapi janji itu telah diwarnai hidupku

Dan kini aku kembali mencari diri Mu

Tuhan, bantulah aku

Telah jauh aku menyimpang dari jalan Mu

Terlalai aku oleh setitis ilmu Mu

Bukalah kembali pintu hatiku

Terimalah kembali segala amalku

Dalam mencari kebenaran hakiki

Betapa pun terasa amat payah

Aku menanti penuh harap

Akan titik pertemuan itu

2 ulasan:

nita berkata...

salam jumaat kak nur..
aisehhh.. lama kak nur tak wat n3 kat sini kan..
aaa.. kak nur dah okehh ke..
aaa.. nak tanyerr lelebih kang.. soklan ganas nehh..
huhuhu!

semoga akak sentisa sihat yerr.. muahhh.. sayang akak..

nurdia berkata...

w'salam nita...

mekasih.... okey arr.. seadanya...